Monday, 9 July 2012

Eya, pemakan ayam yang konsisten

Si Eya ni susah sangat nak makan sayur. Tapi peminat nombor 1 ayam goreng. Buat la apa cara pun nak bagi makan sayur, memang payah.

Pada suatu petang yang hening, kami anak beranak YM,

Eya : Papa da mamam?

Papa : Dah sayang, baru lepas mamam kat opis.

Eya : Papa mamam pe?

Papa : Mamam ikan dengan sayur bayam...best...

Eya : Bessttt...

Papa : Eya tahu kenapa sayur tu namanya bayam?

Eya : Napee?

Papa : Sebab, sayur bayam tu rasa dia macam ayam...cuba Eya try makan sayur bayam tu.

Eya : Tanakkk mamam sayurrr...papa tipuuuuu....


See? Macam mana ye puan-puan, nak bagi anak makan sayur? Ada cadangan?

No comments: