Wednesday, 18 July 2012

Desakan Eya

Beberapa hari lepas, Eya suruh papa lukis gambar dia. Papa yang tengah busy ni terpaksa la lukis sikit-sikit gambar Eya. Tu pun hari-hari dia desak suruh siapkan cepat. Semalam, papa habiskan lukis gambar dia dan edit lebih kurang pakai Photoshop, pastu bagi kat dia.


Nah, rambut Eya pendek lagi macam lelaki. Ibu saja buat surprise bagi gambar ni kat dia masa baru bangun tido. Eya punya la happy. Asik ditenung gambar tu. Ipad pun dia tak bagi sesiapa pegang.

***

Tadi ibu cakap, "Habis lah papa..."

Papa jawab, "Kenapa?"

"Si Eya suruh ibu save gambar kat desktop ipad, lepas tu dia tenung je gambar tu dari tengahari sampai ke petang..."

"Laaaa...yeke? hahaha..."

***

Tak sempat papa nak lukis gambar Eca sebelah tu, Eya asik desak nak cepat je. Takpe, malam ni papa sambung lukis Eca pulak.

~papa~

No comments: