Tuesday, 24 July 2012

Belajar puasa

Salam Ramadhan semua.

Nak tau tak? Semalam dengan hari ni, si Eya puasa. Belum 4 bulan dah nak belajar puasa. Hari tu, papa ada cerita kat Eya pasal puasa. Eya seronok dengar papa cerita pasal puasa. Dia pun cakap nak puasa, sebab puasa tu best katanya. Alhamdulillah.

Semalam Eya puasa. Pagi lagi dia dah sahur. Sampai tengahari, dia tahan lagi. Ibu nak suap makan ngan bagi susu pun dia tolak. Lama-lama agaknya dia lapar sangat, dia makan gak. Hehehe...Dapat lah puasa separuh hari. Hari ni pun setakat pukul 1.30 tengahari pun Eya masih puasa lagi walaupun dia asik mengadu kat papa kat YM dia lapar. Tapi dia nak puasa juga. Papa cakap, Eya kalau tak tahan lapar, makan je, jangan paksa diri. Eya kan baby lagi. :)

Eca pun baru elok sakit. Tak larat sangat. Harap anak papa sembuh cepat ye sayang. Cian Eya sorang-sorang takde kawan.

Apa pun, papa doakan Elisya dan Eliya jadi anak yang solehah bila dah besar nanti. Insyaallah. 


~papa~

Wednesday, 18 July 2012

Desakan Eya

Beberapa hari lepas, Eya suruh papa lukis gambar dia. Papa yang tengah busy ni terpaksa la lukis sikit-sikit gambar Eya. Tu pun hari-hari dia desak suruh siapkan cepat. Semalam, papa habiskan lukis gambar dia dan edit lebih kurang pakai Photoshop, pastu bagi kat dia.


Nah, rambut Eya pendek lagi macam lelaki. Ibu saja buat surprise bagi gambar ni kat dia masa baru bangun tido. Eya punya la happy. Asik ditenung gambar tu. Ipad pun dia tak bagi sesiapa pegang.

***

Tadi ibu cakap, "Habis lah papa..."

Papa jawab, "Kenapa?"

"Si Eya suruh ibu save gambar kat desktop ipad, lepas tu dia tenung je gambar tu dari tengahari sampai ke petang..."

"Laaaa...yeke? hahaha..."

***

Tak sempat papa nak lukis gambar Eca sebelah tu, Eya asik desak nak cepat je. Takpe, malam ni papa sambung lukis Eca pulak.

~papa~

Monday, 9 July 2012

Eya, pemakan ayam yang konsisten

Si Eya ni susah sangat nak makan sayur. Tapi peminat nombor 1 ayam goreng. Buat la apa cara pun nak bagi makan sayur, memang payah.

Pada suatu petang yang hening, kami anak beranak YM,

Eya : Papa da mamam?

Papa : Dah sayang, baru lepas mamam kat opis.

Eya : Papa mamam pe?

Papa : Mamam ikan dengan sayur bayam...best...

Eya : Bessttt...

Papa : Eya tahu kenapa sayur tu namanya bayam?

Eya : Napee?

Papa : Sebab, sayur bayam tu rasa dia macam ayam...cuba Eya try makan sayur bayam tu.

Eya : Tanakkk mamam sayurrr...papa tipuuuuu....


See? Macam mana ye puan-puan, nak bagi anak makan sayur? Ada cadangan?

Sunday, 8 July 2012

Rindu

Hari ni, rindu sangat dengan anak-anak papa. Rasa malas nak kerja.

Anak-anak papa ingat papa tak?

Thursday, 5 July 2012

Eya punya

Selepas papa bagi gambar yang papa lukis semalam(entry sebelum ni), Eya suka sangat. Dia suruh ibu set gambar tu as display dekat ipad supaya dia boleh tengok selalu. Orang lain semua dia tak bagi tengok gambar tu. Ibu nak tengok gambar tu pun, dia tutup ipad dengan badan dia. Hehe.

"Niiii Eeyyyaaaa nyeeee bbaaarrrr..."

Eya cakap, first sekali dia nak tunjuk gambar tu kat Eca. Tunggu Eca sihat dulu ye sayang.



P/S : Semalam papa baca doa, Eya ikut tadah tangan lepas tu tolong aminkan. Pandai anak papa.

Tuesday, 3 July 2012

Cantik-cantik

Tunaikan janji nak lukis gambar kembar papa. Eya suruh lukis cantik-cantik. Maaf kalau gambar papa lukis ni tak cantik di matamu. Tapi, apa pun bagi papa, anak-anak papa sudah sedia cantik.

Ini untukmu sayang... :)

Papa love you...


-papa-

Monday, 2 July 2012

Cakap pun tak faham

Papa tengah pujuk Eya. Dia merajuk sebab papa lambat. Pastu papa pujuk dia nak lukiskan gambar Eya. Eya punya happy, bukan main. Sampai ucap terima kasih.




Pastu siap cakap, "papa, eya ni baby lagi, cakap pun tak faham..."

Hadoiiii la anak papa...


-papa-