Tuesday 24 July 2012

Belajar puasa

Salam Ramadhan semua.

Nak tau tak? Semalam dengan hari ni, si Eya puasa. Belum 4 bulan dah nak belajar puasa. Hari tu, papa ada cerita kat Eya pasal puasa. Eya seronok dengar papa cerita pasal puasa. Dia pun cakap nak puasa, sebab puasa tu best katanya. Alhamdulillah.

Semalam Eya puasa. Pagi lagi dia dah sahur. Sampai tengahari, dia tahan lagi. Ibu nak suap makan ngan bagi susu pun dia tolak. Lama-lama agaknya dia lapar sangat, dia makan gak. Hehehe...Dapat lah puasa separuh hari. Hari ni pun setakat pukul 1.30 tengahari pun Eya masih puasa lagi walaupun dia asik mengadu kat papa kat YM dia lapar. Tapi dia nak puasa juga. Papa cakap, Eya kalau tak tahan lapar, makan je, jangan paksa diri. Eya kan baby lagi. :)

Eca pun baru elok sakit. Tak larat sangat. Harap anak papa sembuh cepat ye sayang. Cian Eya sorang-sorang takde kawan.

Apa pun, papa doakan Elisya dan Eliya jadi anak yang solehah bila dah besar nanti. Insyaallah. 


~papa~

No comments: